Pada Ahad, 7 Julai 2024, kami berkesempatan ke D"Jeram Santai Campsite yang terletak di Jeram, Kuala Selangor. Jarak perjalanan dari rumah menuju lokasi perkhemahan kira-kira 72 kilometer. Sebelum sampai kami singgah untuk bersarapan dan membeli barangan basah bagi makan tengah hari di Pantai Remis.
Keadaan persekitaran campsite adalah bersih. Bilangan tapaknya pula terhad. Kami menyewa tapak nombor 6. Lot kami berada paling hujung di celah pokok ru, pokok ketapang dan pokok kelapa.
Setiap tapak disediakan plag. Bekalan elektriknya ialah 24 jam. Selain itu, pihak pengurusan turut menyediakan tandas, lampu, kolam mandi berbayar untuk kanak-kanak dan sebagainya.
Cuaca hari ini baik dan berangin. Kami tiba ketika air laut sedang surut. Pantai di kawasan D"Jeram Santai Campsite berlumpur dan tidak boleh mandi.
Air laut mulai pasang kembali ketika waktu petang. Saya melihat beberapa buah kapal dagang sedang berlabuh di tengah Selat Melaka itu.