Thursday, September 18, 2025

Teratak Tok Alang

Teratak Tok Alang terletak di Kampung Hulu Rening, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Jarak perjalanan dari kediaman kami ke tapak perkhemahan sekitar 61 kilometer. Kami mendaftar masuk pada pagi hari Khamis, 18 September  2025 untuk 2H1M.


Keadaan persekitaran kem bersih dan terjaga. Air sungainya cetek dan mesra kanak-kanak. Pelbagai kemudahan asas seperti surau, tandas dan singki ada disediakan. 




Pada kali ini saya sekeluarga menggunakan  tent Deer Creek Hurricane Plus 2.0 dan sebuah dome tarp sebagai tempat tinggal. Kami menyewa di tapak 4 bersebelahan jambatan gantung. 


Cuacanya mendung dan berkemungkinan hujan pada sebelah petang atau malam nanti.






Teratak Tok Alang merupakan sebuah campsite bersuasana dusun buah-buahan. 




Pokok bunga kertas