Sunday, March 26, 2023

Bright Stone Serendah Campground

Bright Stone Serendah Campground (BSSC) terletak di Serendah, Selangor. Campsite ini berada berdekatan dengan Air Terjun Serendah.


Kami check-in di BSSC pada 11 Mac 2023 selama 2H1M. Pada lewat petang hingga ke malam saya dan keluarga merasai pengalaman diguyur hujan. Alhamdulillah, semuanya selamat. Anak-anak juga gembira.


Kawasan tapak perkhemahannya bersih dan terkawal. Hanya pengunjung dan kenderaan yang berdaftar sahaja dibenarkan masuk. Pintu pagar utama kem sentiasa bertutup.


Setiap tapak mempunyai plug point. Tandas yang disediakan banyak dan selesa. Selain itu, sinki dan sebuah surau terbuka ada di sini.



Suasana yang sejuk, tenang dan damai pada waktu malam. Jauh daripada kesibukan bandar raya.


Sungainya mengalir berhampiran tapak camping jernih dan tohor sangat sesuai untuk kanak-kanak mandi.

Friday, March 24, 2023

Pantai Bagan Pinang

Pantai Bagan Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami datang ke sini untuk berkelah pada hari Sabtu, 4 Mac 2023.


Cuaca pada hari itu baik. Antara kemudahan yang ada ialah tandas, gerai makanan, parkir kereta serta taman permainan kanak-kanak. 



Untuk sesi berkelah pada kali ini kami memakai tent daripada Deer Creek. Khemah dua pintu ini berbentuk dome mampu memuatkan enam orang.


Suasana pantai yang cantik dan tenang ketika matahari hampir terbenam.


Keadaan pantainya landai dan bersih membolehkan kita melakukan aktiviti bermandi-manda bersama keluarga.

Wednesday, March 22, 2023

Pantai Bagan Lalang

Pantai Bagan Lalang terletak di Sepang, Selangor. Lokasi ini menjadi pilihan kerana mempunyai tapak perkhemahan umum yang sesuai untuk family camping dan berdekatan dengan Kuala Lumpur. Kawasannya agak luas, berumput dan rata.

Terdapat kemudahan asas seperti tandas awam, surau dan kedai makan di Pantai Bagan Lalang. Tandas awamnya bersih dan dibuka 24 jam pada hujung minggu.

Saya berpendapat tapak camping ini baik dan selamat untuk campers baru yang ingin merasai pengalaman berkhemah di tepi pantai. Di tapak ini ada pokok-pokok, pondok, tempat barbeku serta lampu. Selain itu, tong sampah dan tempat meletak kenderaan turut disediakan.


Khemah yang digunakan ialah Quechua Arpenaz  Family 4.1 (fresh & black). Kami berada di sini selama 2H1M iaitu pada 28 dan 29 Januari 2023. Tapak ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sepang.

Tuesday, March 21, 2023

Camping Kami

Intro

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Blog CAMPING KAMI ini khusus untuk aktiviti perkhemahan dan berkelah.

Tujuan utamanya bagi menghargai dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan merakam pengalaman.

Semoga hobi ini dapat memupuk sikap tanggungjawab, kesederhanaan dan ukhwah keluarga.

Terima kasih.