Pantai Bagan Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami datang ke sini untuk berkelah pada hari Sabtu, 4 Mac 2023.
Cuaca pada hari itu baik. Antara kemudahan yang ada ialah tandas, gerai makanan, parkir kereta serta taman permainan kanak-kanak.
Untuk sesi berkelah pada kali ini kami memakai tent daripada Deer Creek. Khemah dua pintu ini berbentuk dome mampu memuatkan enam orang.
Suasana pantai yang cantik dan tenang ketika matahari hampir terbenam.
Keadaan pantainya landai dan bersih membolehkan kita melakukan aktiviti bermandi-manda bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment