Gelora Beach Resort berada di Kampung Kubang Golok, Bachok, Kelantan. Kami datang untuk berkhemah pada Ahad 27 Ogos 2023 selama 2H1M.
Pada hari ini hanya kami sahaja yang memacak khemah untuk bermalam di sini. Antara kemudahan yang ada ialah singki, tandas termasuk bilik mandi, lampu, plug point (perlu bawa wayar panjang) dan lain-lain.
Untuk perkhemahan kali ini kami memasang tiga khemah. Arpenaz Family 4.1, Deer Creek Typhoon dan Arpenaz 3. Tiga orang kakak, abang ipar dan anak saudara turut serta bagi merasai pengalaman family camping.
Allah maha besar. Keadaan cuaca amat baik dengan sedikit hujan pada sebelah malam. Suasana malamnya nyaman dan mendamaikan.