Alhamdulillah. Pada hari ini saya dan keluarga berpeluang untuk menikmati keindahan alam di Pantai Morib Baru. Perjalanan dari rumah ke lokasi memakan masa sekitar 1 jam 15 minit sahaja.
Keadaan cuaca di sini sedikit mendung dan berangin. Jumlah pengunjung waktu pagi tidak ramai mungkin berikutan PRN15.
Kami tiba di pantai kira-kira pukul 9.15 pagi. Antara kemudahan yang ada di Pantai Morib Baru ialah tandas berserta bilik mandi, tong sampah dan lampu limpah.
Kedatangan saya dan keluarga cuma untuk berkelah. Kami memasang Deer Creek Typhoon 6 Men Tent dan Quechua Trap L sebagai tempat berteduh.
Pemandangan pantai ketika air surut. Air mula pasang pada pukul 2.00 petang.
Pantai Morib Baru mula sesak dengan orang ramai pada sebelah petang selepas Asar.
No comments:
Post a Comment