Saturday, September 30, 2023

Pantai Teluk Senangin

Teluk Senangin merupakan salah sebuah pantai pelancongan yang terletak di negeri Perak. Kami berkunjung ke sini pada Sabtu, 30 September 2023.



Air laut mula pasang pada sebelah petang.



Terdapat banyak kemudahan asas disediakan. Antaranya ialah tandas awam berbayar, surau, tong sampah dan parkir kenderaan.





Pantai Teluk Senangin turut menjadi pilihan para pemancing. Cuaca hari ini sangat baik.

 

Kami memasang tiga buah khemah untuk berkelah kerana bilangan ahli keluarga yang turut serta ramai.

Saturday, September 16, 2023

Sungai Tekala

Assalamualaikum. Pada hari ini kami telah pergi picnic di Sungai Tekala, Semenyih, Selangor. Tempat berkelah yang saya maksudkan berada di jalan masuk menuju Kolam Pancing Seri Bayu Tekala.





Keadaan cuaca baik. Saya bersama keluarga tiba di lokasi sekitar jam 9.00 pagi.


Kami tidak menanak nasi. Hanya minuman panas, telur mata dan mi segera yang dimasak. Makanan lain seperti nasi bungkus, roti, makanan ringan serta air minuman bertapis dibeli semasa dalam perjalanan ke sini. Peralatan yang kami bawa juga tidak banyak.




Saya memacak khemah hijau double layer daripada UtanKing. Khemah 'payung' ini senang dipasang sesuai untuk  3 hingga 4 orang sahaja. Suasana di tapak perkelahan percuma agak penuh dengan orang ramai.

Saturday, September 2, 2023

Masha and The Bear Campsite


Pacak lagi. Kali ini kami bermalam di Ulu Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke lokasi kira-kira 90 kilometer.



Campsite ini menawarkan kemudahan asas seperti toilet berserta pancuran mandi, singki, parkir dan surau terbuka. Sampah pula tidak perlu dibawa pulang. Tiada bekalan elektrik. Pihak pengurusan cuma menyediakan lampu solar dan minyak tanah untuk menerangi tempat-tempat tertentu apabila malam. 


Keadaan malamnya gelap, tenang dan sunyi. Jauh daripada bunyi kenderaan.



Pada pengamatan saya tapak perkhemahan Masha and The Bear bersuasana kebun di hujung kampung. Pemandangannya hijau dikelilingi bukit-bukau. Ada sebatang anak sungai yang cetek dan jernih mengalir merentasi tepi campsite


Keluarga kami memilih tapak padang. Kami bekerjasama untuk memasang khemah menghadap anak sungai.




Cuaca di sini sedikit mendung. Kami daftar masuk pada Sabtu 2 September 2023 selama 2H1M sahaja. Waktu masuk dan keluar adalah bebas. Ketika kami datang banyak tapak yang kosong. Masha and The Bear terletak di tepi jalan raya.