Saturday, September 2, 2023

Masha and The Bear Campsite


Pacak lagi. Kali ini kami bermalam di Ulu Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke lokasi kira-kira 90 kilometer.



Campsite ini menawarkan kemudahan asas seperti toilet berserta pancuran mandi, singki, parkir dan surau terbuka. Sampah pula tidak perlu dibawa pulang. Tiada bekalan elektrik. Pihak pengurusan cuma menyediakan lampu solar dan minyak tanah untuk menerangi tempat-tempat tertentu apabila malam. 


Keadaan malamnya gelap, tenang dan sunyi. Jauh daripada bunyi kenderaan.



Pada pengamatan saya tapak perkhemahan Masha and The Bear bersuasana kebun di hujung kampung. Pemandangannya hijau dikelilingi bukit-bukau. Ada sebatang anak sungai yang cetek dan jernih mengalir merentasi tepi campsite


Keluarga kami memilih tapak padang. Kami bekerjasama untuk memasang khemah menghadap anak sungai.




Cuaca di sini sedikit mendung. Kami daftar masuk pada Sabtu 2 September 2023 selama 2H1M sahaja. Waktu masuk dan keluar adalah bebas. Ketika kami datang banyak tapak yang kosong. Masha and The Bear terletak di tepi jalan raya.

No comments:

Post a Comment