Sunday, December 31, 2023

Pantai Morib Baru (Siri 3)

Pacak lagi. Ini adalah kali kedua kami bermalam di Pantai Morib Baru. Saya dan keluarga bertolak dari rumah menuju ke pantai selepas Zuhur. Cuaca pada petang ini mendung dan hujan. Namun, hujan itu berhenti sekitar jam 5.45 minit petang. Alhamdulillah.



Kami memasang Deer Creek 8 Men Tent dan Tarp XL daripada Quechua di bawah lampu limpah. Oleh itu, saya tidak memerlukan banyak lampu lain bagi menerangi sekitar khemah.

Pantai Morib Baru merupakan sebuah pantai awam. Kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi dan surau ada disediakan. Suasananya agak sesak dengan pengunjung.




Keadaan persekitaran kem sewaktu pukul 7.20 pagi yang nyaman dan tenteram. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Lokasi pantai ini bersebelahan dengan Pantai Morib yang lama. Kedua-duanya berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat.


Thursday, December 21, 2023

Caribbean Campsite



Caribbean Campsite terletak di Kuala Ruat, Yan, Kedah. Kami mendaftar masuk kem pada 20 Disember 2023 untuk 2H1M.

Keadaan tapak perkhemahan bersih dan santai. Banyak pokok kelapa di sini. Kemudahan asas yang disediakan adalah mencukupi. 







Saya berpendapat campsite ini agak unik kerana mempunyai dua sisi pemandangan yang tidak sama. Pada bahagian depannya menghadap laut manakala di pintu masuk pula berlatar belakang kampung, sawah padi dan Gunung Jerai. 





Kami memacak tiga buah khemah kali ini. Bilangan ahli keluarga yang turut serta seramai 15 orang. Syukur kepada Allah, cuaca amat baik dengan sedikit berangin.