Caribbean Campsite terletak di Kuala Ruat, Yan, Kedah. Kami mendaftar masuk kem pada 20 Disember 2023 untuk 2H1M.
Keadaan tapak perkhemahan bersih dan santai. Banyak pokok kelapa di sini. Kemudahan asas yang disediakan adalah mencukupi.
Saya berpendapat campsite ini agak unik kerana mempunyai dua sisi pemandangan yang tidak sama. Pada bahagian depannya menghadap laut manakala di pintu masuk pula berlatar belakang kampung, sawah padi dan Gunung Jerai.
Kami memacak tiga buah khemah kali ini. Bilangan ahli keluarga yang turut serta seramai 15 orang. Syukur kepada Allah, cuaca amat baik dengan sedikit berangin.
No comments:
Post a Comment