Saturday, January 13, 2024

Pelangi Hill Resort Campsite

Pelangi Hill Resort Campsite (PHRC) terletak di Kerling, Selangor. Tapak perkhemahan ini baru dibuka 6 minggu. Kedudukannya bersebelahan Penjara Satelit Kuala Kubu Bharu. Jalan raya menuju ke kem elok boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.



Terdapat dua batang sungai yang melalui kawasan PHRC. Airnya sejuk, jernih dan tohor. 


Gambar di bawah ialah tapak khemah berbentuk pondok. Lot ini istimewa dan privasi. Setiap pondok mempunyai lampu, plug, kipas siling, pantry, tandas dan bilik mandi sendiri.



Saya dan isteri memilih untuk memacakkan tent di tapak terbuka. Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada para pekhemah seperti kami. Contohnya surau, tandas yang selesa, singki berbumbung, sumber air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan lain-lain.




Saya berpendapat campsite ini sangat sesuai bagi family camping.


Kami berada di sini selama 2H1M bermula 13 Januari 2024. Keadaan cuaca baik, panas  dengan sedikit berangin. Suasana kem terjaga, cukup tenang dan mendamaikan.



Lot yang kami tempah luas, dilengkapi 2 plug dan pili air daripada Syabas. Sebidang flysheet net hitam penahan panas dan air hujan juga telah siap dipasang oleh pihak pengurusan.

Sunday, January 7, 2024

Pantai Bagan Lalang (Siri 2)


Pantai Bagan Lalang hujan dan berangin hari ini. Tapak khemah kami untuk berkelah terpaksa ditutup awal. Angin kuat datang telah meruntuhkan flysheet. Keadaan ini berlaku sebaik sahaja saya dan isteri bersiap untuk sarapan. Saya tidak sempat untuk merakamkan gambar kem yang didirikan.


Lokasi tapak perkelahan kami strategik bersebelahan penanda BAGAN LALANG @ SEPANG. Tempat ini berdekatan dengan parkir kenderaan, taman permainan kanak-kanak, tandas, surau dan kedai makan. Namun, perancangan Allah lebih baik daripada kita. 😎




Cuaca mendung dan berawan. Saya bertolak dari rumah dalam keadaan hujan renyai-renyai. Jarak perjalanannya kira-kira 84 kilometer. InsyaAllah, jika ada kelapangan masa kami akan cuba picnic ke sini lagi.