Pantai Bagan Lalang hujan dan berangin hari ini. Tapak khemah kami untuk berkelah terpaksa ditutup awal. Angin kuat datang telah meruntuhkan flysheet. Keadaan ini berlaku sebaik sahaja saya dan isteri bersiap untuk sarapan. Saya tidak sempat untuk merakamkan gambar kem yang didirikan.
Lokasi tapak perkelahan kami strategik bersebelahan penanda BAGAN LALANG @ SEPANG. Tempat ini berdekatan dengan parkir kenderaan, taman permainan kanak-kanak, tandas, surau dan kedai makan. Namun, perancangan Allah lebih baik daripada kita. 😎
Cuaca mendung dan berawan. Saya bertolak dari rumah dalam keadaan hujan renyai-renyai. Jarak perjalanannya kira-kira 84 kilometer. InsyaAllah, jika ada kelapangan masa kami akan cuba picnic ke sini lagi.
No comments:
Post a Comment