Friday, May 1, 2026

Dusun DZ

Campsite ini terletak di Kampung Kemin, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Saya, isteri dan anak-anak mendaftar masuk pada Jumaat, 1 Mei 2026 selama 3H2M. Kami datang ke sini menggunakan van. 

 

Dusun DZ mempunyai beberapa zon atau tapak khemah untuk ditempah. Antaranya ialah zon dusun, zon sungai dan zon pantai. Kami berenam memasang tent di zon dusun lot D10. Tapak ini berdekatan singki di bawah pohon manggis dan durian yang masih muda. Zon dusun berada di lereng bukit. Cuaca waktu siang agak panas tetapi berangin. 




Suhu pada sebelah malamnya sejuk. Dusun DZ berada di hujung kampung jauh daripada bunyi bising kenderaan. 




Suasana pagi pula nyaman dan tenteram.  Berembun dan berkabus. 









Keadaan kem bersih dan kemas. Semua fasiliti asas ada disediakan termasuk kolam mandi (air bukit) dan chalet/rumah untuk disewa. 


Terdapat sebatang sungai yang cetek dan jernih mengalir melalui hadapan Dusun DZ. Sungai ini tidak berbatu dan mesra kanak-kanak. 

Sunday, April 12, 2026

Hulu Tamu Eco Resort (HTER)


Alhamdulillah. Kami dapat juga camping di Hulu Tamu Eco Resort, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Campsite ini memang terkenal dalam kalangan campers. Saya dan keluarga check-in pada Sabtu, 11 April 2026 untuk 2H1M.




Kami berlima datang menggunakan van. Jarak ke tempat perkhemahan dari rumah kira-kira 59 kilometer.








Persekitaran campsite cantik, bersih dan teratur. Kami memacak khemah di lot 16 (forest side). Lot ini rata, redup dan berhadapan Sungai Tamu. Keluasan tapak pula 6 X 6 meter mampu memuatkan sebuah khemah Deer Creek dan dome tarp kepunyaan kami.




Kem ini dilengkapi pelbagai fasiliti seperti bekalan letrik 24 jam, air (sumber sungai), surau terbuka dan tandas. Selain itu, parkir kereta disediakan khusus mengikut lot-lot yang ditempah.









Sunday, October 19, 2025

Murni Camp



Kem Murni terletak di Kampung Jahang, Gopeng, Perak. Saya dan keluarga datang menaiki van dengan membawa tiga buah khemah Deer Creek dan sebuah dome tarp





Camping kali ini selama 3H2M dirancang bersama ahli keluarga isteri. Ia merupakan pengalaman pertama kami menginap dua malam di sesuatu tempat. Sebuah chalet turut disewa. Kami mendaftar masuk pada hari Sabtu 18 Oktober 2025. 


Saya dan keluarga mendirikan khemah di tapak nombor 10. Lot ini besar mampu memuatkan kesemua khemah berserta peralatan yang dibawa. 



Murni Camp mempunyai banyak kemudahan termasuk dorm, dewan serbaguna dan lain-lain. Kawasan kem luas, berumput, bersih dan terjaga.  Bekalan letrik di sini 24 jam. Sumber air bersih pula daripada LAP. 





Ada sebatang sungai mengalir melalui kem iaitu Sungai Jahang. Aliran airnya agak deras.

Pokok tudung periuk