Friday, May 1, 2026

Dusun DZ

Campsite ini terletak di Kampung Kemin, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Saya, isteri dan anak-anak mendaftar masuk pada Jumaat, 1 Mei 2026 selama 3H2M. Kami datang ke sini menggunakan van. 

 

Dusun DZ mempunyai beberapa zon atau tapak khemah untuk ditempah. Antaranya ialah zon dusun, zon sungai dan zon pantai. Kami berenam memasang tent di zon dusun lot D10. Tapak ini berdekatan singki di bawah pohon manggis dan durian yang masih muda. Zon dusun berada di lereng bukit. Cuaca waktu siang agak panas tetapi berangin. 




Suhu pada sebelah malamnya sejuk. Dusun DZ berada di hujung kampung jauh daripada bunyi bising kenderaan. 




Suasana pagi pula nyaman dan tenteram.  Berembun dan berkabus. 









Keadaan kem bersih dan kemas. Semua fasiliti asas ada disediakan termasuk kolam mandi (air bukit) dan chalet/rumah untuk disewa. 


Terdapat sebatang sungai yang cetek dan jernih mengalir melalui hadapan Dusun DZ. Sungai ini tidak berbatu dan mesra kanak-kanak. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.