Pantai Cahaya Negeri terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami telah ke sana pada hari Ahad, 9 Julai 2023. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke lokasi ini memakan masa sekitar dua jam melalui jalan biasa.
Tujuan aktiviti kali ini adalah untuk berkelah. Antara kemudahan yang tersedia di Pantai Cahaya Negeri ialah parkir awam dan tandas berserta bilik mandi. Untuk makluman, tandasnya tidak dibuka 24 jam.
Kami bertolak dari rumah dalam suasana hujan renyai-renyai. Alhamdulillah, hujan tersebut berhenti ketika kami tiba di pantai dan mula memasang khemah.
Suasana pantai dari khemah kami. Cantik dan damai.
No comments:
Post a Comment