Sunday, July 23, 2023

H&n Campsite

H&n Campsite merupakan salah sebuah tapak perkhemahan terkenal di Port Dickson. Lokasinya strategik berdekatan dengan Pantai Saujana.


Slogan campsite ini ialah You HAPPY...!, We...HAPPY! Saya berpendapat harga sewa tapak di sini adalah berpatutan. H&n terletak di Batu 4.


Antara kemudahan yang disediakan kepada pengunjung ialah tandas, bilik mandi, singki dan surau lelaki dan perempuan. Selain itu, bekalan elektrik (generator) untuk lampu dan kipas pada waktu malam juga ada. Sila bawa wayar panjang untuk disambung ke khemah sendiri. Tempat ini diselia 24 jam oleh kakitangan bertugas. Mereka sangat friendly.


Kami telah ke sini  selama 2H1M bermula pada Sabtu, 22 Julai 2023. Cuaca pada waktu itu baik walaupun mengikut ramalan mungkin akan berlaku hujan dan ribut pada sebelah malamnya ke lewat dinihari. Alhamdulillah.


Saya dan isteri memacak khemah keluarga menghadap Pantai Saujana berdekatan parkir kenderaan kepunyaan campsite. Kami memilih port berkenaan kerana pemandangannya lebih indah dan senang untuk mengawasi anak-anak mandi laut.


Pemandangan senja matahari terbenam di Pantai Saujana. Pada malam itu kami berpeluang  menikmati malam minggu dengan berjalan kaki bersama-sama ke pasar malam berhampiran stesen minyak Petronas.


Air laut pasang pada sebelah pagi dan surut ketika petang. Dikatakan H&n  juga menjadi pilihan campers yang berminat memancing.


Gambar diambil menggunakan night mode.

No comments:

Post a Comment