Saturday, October 7, 2023

Zarania Caravan Park

Zarania Caravan Park terletak di Gopeng, Perak. Kami datang ke sini pada 7 Oktober 2023 selama 2H1M.



Dahulunya tempat ini dikenali sebagai Natasya Riverside Caravan Park. Pelbagai kemudahan ada disediakan. Antaranya bilik, pondok, caravan dan tapak khemah untuk disewa.



Pada pendapat saya, resort ini cantik, bersih dan sesuai untuk aktiviti keluarga. Camping kami turut disertai oleh beberapa buah keluarga yang lain.



Saya, isteri dan anak-anak memacak dua tent. Peralatan yang kami bawa juga agak banyak.






Cuaca pada waktu pagi dan tengah hari adalah panas. Namun, pada sebelah petang hujan lebat turun kira-kira 15 minit. Air Sungai Geroh naik dan menjadi deras hingga ke malam. Hal ini mungkin berlaku akibat hujan lebat di bahagian hulu.



Suasana paginya sejuk dan nyaman. Air sungai yang keruh semalam kembali seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment