Sunday, October 29, 2023

Pantai Morib Baru (Siri 2)

Pada 28 Oktober 2023, saya dan keluarga berkesempatan sekali lagi ke Pantai Morib Baru. Kami bertolak dari rumah selepas Asar sekitar jam 5.00 petang. Kunjungan kali kedua ini adalah untuk bermalam.


Kami tiba di lokasi ketika hampir Maghrib. Alhamdulillah. Hujan renyai-renyai turun sewaktu saya, isteri dan anak-anak mula memasang khemah. Dua buah khemah berserta tarp XL daripada jenama Quechua digunakan.



Pada waktu malam cuacanya sejuk dan nyaman. Air laut pula surut pada sebelah petang hingga ke malam.


Namun, satu situasi luar jangka berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi. Ombak air pasang membasahi kem penginapan kami. Banyak peralatan camping basah dengan air laut. Saya dan isteri mengambil keputusan untuk pulang. Kami berkemas secepat yang mungkin. Saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat. Ini merupakan satu pengalaman dan pengajaran penting buat kami agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

 

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pantai Kelanang. Pantai ini terletak tidak jauh dari Pantai Morib. 



No comments:

Post a Comment