Assalamualaikum. Pada 11 November 2023 kami berpeluang bermalam di sebuah campsite yang baru dibuka iaitu Brapptripleslash Camp, Kampung Batu Hitam, Kampung Gajah, Perak. Kem ini mula beroperasi pada bulan Ogos 2023.
Tapak perkhemahan yang saya maksudkan bersuasana kampung yang tenang dan sunyi.
Tarikan utama tempat ini ialah kolam untuk kanak-kanak. Ibu bapa cuma perlu mengawasi anak mereka mandi dari khemah sendiri sahaja.
Selain itu, di sini juga mempunyai tandas yang sangat bersih dan selesa. Plug point turut disediakan.
Kami memacak dua khemah iaitu Arpenaz Family 4.1 dan Rusa Oren daripada Deer Creek.
Situasi malamnya sejuk dan nyaman. Kadar pencahayaan kem pula tidak terlalu terang sesuai bagi camper yang inginkan privasi.
No comments:
Post a Comment