Pada hari Sabtu bersamaan 8 Februari 2025, saya dan keluarga telah berkhemah di Lata Beringin Campsite. Campsite ini terletak di Sungai Resam, Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
Kami menginap di sini untuk 2H1M sahaja. Antara kemudahan yang disediakan kepada campers ialah surau, tandas, singki, kolam mandi dan parkir kenderaan berbayar.
Kawasan perkhemahan bersih dan terjaga. Daya penarik utamanya ialah air terjun, kolam mandi dan suasana pinggir hutan yang nyaman.
Tempat tidur kami menggunakan Deer Creek Hurricane Plus 2.0 berwarna dessert. Saya berpendapat khemah ini sesuai kerana besar, ringan dan senang dipasang. Selain itu, dome turut mempunyai banyak jaring memudahkan aliran udara atau angin keluar dan masuk.
Di bawah pula gambar-gambar yang diambil ketika jam 7.00 hingga 8.30 malam.
Terdapat juga beberapa tapak perkhemahan lain berdekatan Lata Beringin Campsite. Jalan masuknya agak mudah dan tidak terlalu mencabar. Hanya sekitar 500 meter sahaja laluan yang tidak berturap.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.