Pada hari Ahad 30 Mac 2025, kami memacak dua buah khemah Deer Creek di kampung. Saya dan keluarga berkhemah selama 2H1M.
Perkhemahan saat akhir Ramadan ini santai sahaja. Kami akan berbuka puasa bersama sambil menyiapkan juadah hari raya iaitu lemang dan rendang tok.
Suhu pada sebelah malamnya agak nyaman. Bunyi mercun berdentam-dentum memecah keheningan malam. Hujan renyai-renyai turun beberapa ketika. Namun begitu, pada awal pagi hingga menjelang waktu Subuh berlaku hujan lebat. Alhamdulillah.
*SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN*
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.