Pada 31 Mei 2025 hingga 1 Jun 2025, saya bersama keluarga camping di Campsite Sungai Riau Sedim, Karangan, Kedah. Perkhemahan selama 2H1M ini turut disertai oleh tiga orang kakak, seorang abang ipar dan empat orang anak buah. Kami datang dengan menaiki tiga buah kenderaan.
![]() |
Sungai Sedim |
Terdapat dua batang sungai mengalir melalui tepi kem iaitu Sungai Riau dan Sungai Sedim. Arus air Sungai Sedim agak laju berbanding Sungai Riau yang lebih tenang.
![]() |
Sungai Riau |
Segala kemudahan asas ada disediakan termasuk plug point. Cuaca hari ini panas waktu tengah hari dan berubah menjadi mendung sebelah petangnya. Suasana kem bersih dan terjaga. Kami menyewa tapak sempadan.
Saya sekeluarga memacak tiga khemah, flysheet dan sebuah Dome Trap daripada ShineTrip.
Petempatan yang dibina kali ini agak besar dan luas. Tempoh masa yang diambil untuk mendirikan kesemuanya sekitar tiga jam.