Saturday, May 10, 2025

Berembun Camp @ Ulu Bendul



Berembun Camp @ Ulu Bendul terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lokasinya berdekatan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul dan R&R Ulu Bendul. Kami ke sini pada hari Sabtu, 10 Mei 2025 untuk 2H1M menggunakan van. Jarak perjalanan dari rumah menuju ke campsite kira-kira 82 kilometer melalui Lebuh raya LEKAS. 




Segala kemudahan asas seperti surau, tandas, singki dan plag elektrik adalah disediakan. Terdapat sebatang sungai kecil yang jernih dan cetek mengalir di bahagian tengah kem. Sungai yang sesuai bagi kanak-kanak. 


Saya dan keluarga mendirikan khemah daripada Quechua iaitu Arpenaz Family 4.1 sebagai tempat tidur. Ia merupakan sebuah tent lama yang sering kami gunakan semasa aktiviti camping.




Kami sekeluarga tinggal di lot A8. Tapak A8 redup kerana berada di bawah bayang rumpun buluh. Keadaan camp bersih dan terjaga. Cuaca hari ini baik. Sesekali angin bertiup menimbulkan suasana yang nyaman. 


Setakat ini, saya bersama keluarga belum pernah berkhemah melebihi dari 2H1M. Mungkin suatu masa nanti kami akan mencubanya. 




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.