Sunday, April 20, 2025

DeBambú Campsite & Agro


DeBambú Campsite & Agro terletak di TKPM Sungai Batangsi. Semenyih, Selangor. Kami mendaftar masuk pada Sabtu, 19 April 2025. Jarak kem dari rumah kami lebih kurang 37 kilometer. 




Saya bersama keluarga mendirikan dua khemah iaitu 'Rusa Oren' dan 'Rusa Dessert'. Kedua-dua tent Hurricane ini berlainan versi tetapi sama besar mampu memuatkan 8 orang.




Suasana campsite bersih dan damai. Terdapat sebatang sungai yang jernih mengalir di hadapan tapak khemah. Segala kemudahan asas disediakan termasuk plag sambungan elektrik. 






Perkhemahan kali ini turut disertai oleh dua buah keluarga lain.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.