PD MayangBay Campsite terletak di Lukut, Negeri Sembilan. Jarak perjalanan dari rumah menuju ke sini kira-kira 84 kilometer menggunakan Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS). Aliran trafik lancar dan selesa tanpa kesesakan lalu lintas. Kami sempat singgah bersarapan di Hentian Rehat dan Rawat Nilai.
Tapak perkhemahan ini menghadap sebuah tasik dan berbatu. Segala kemudahan asas ada disediakan. Misalnya tandas, singki dan plug point.
Kami tiba sekitar jam 10.45 pagi. Cuacanya agak panas dan sedikit berangin. Mungkin pada sebelah petang atau malam nanti akan turun hujan.
Saya dan keluarga berkhemah di PD MayangBay selama 2H1M sahaja. Kami mendaftar masuk hari Sabtu bersamaan 5 April 2025. Campsite tidak penuh. Ramai yang masih berada di kampung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.